Congkak
Permainan ini telah dikatakan wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, adakah pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.
Permainan Congkak pada zaman dahulu
Mahu tahu bagaimana hendak main Congkak, bacalah entri yang seterusnya...
Langkah - Langkah yang akan Diambil
Sebagai permulaan...
untuk menjadikan blog saya ini lebih terurus, terdapat beberapa langkah-langkah yang akan saya ambil untuk memulakan blog ini.
· Saya harus mendapat matlumat tentang permainan tradisional yang saya hendak bincangkan. Matlumat-matlumat ini akan saya dapatkan dari
1. Buku-buku
2. Internet
3. Temuramah-temuramah
· Saya juga harus membuat blog saya ini kelihatan lebih menarik dan infomatif. Apakah cara-caranya?
1. Video posting
2. Audio posting
3. gambar-gambar
Saya amat berharap setelah selesai melaksanakan blog ini, saya dan juga pembaca-pembaca blog ini dapat berasa puas. Akan saya buatnya dengan sepenuh hati.
Bulan Bahasa, Bulan untukku Berjaya...
Sempena Bulan Bahasa tahun ini, sebuah 'Pertandingan Blogging' telah diadakan. Sekolah kami juga telah turut serta untuk pertandingan ini. Semua pelajar melayu menengah tiga telah diarahkan untuk membuat sebuah akaun blog untuk pertandingan ini. Tajuk kali ini ialah tentang permainan tradisional. Setiap seorang harus membuat sekurang-kurangnya 12 entri tentang tajuk yang diberikan.
Saya merasakan bahawa pertandingan sebegini amat menarik. Idea untuk membuat blog ini juga agak bagus kerana blog amatlah popular di kalangan remaja zaman ini. Topiknya juga agak baik kerana dengan ini kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan-permainan tradisional setelah membuat kajian tentangnya. Ini juga dapat mengelakkan daripada permainan-permainan tradisional ini dilupakan atau pupus.
Setelah diberi arahan daripada guru-guru, saya berasa agak ghairah untuk memulakannya. Saya akan cuba menulis tentang sebanyak mungkin permainan tradisional yang boleh saya dapati. Harapan saya setelah selesai menulis entri-entri ini ialah supaya permainan-permainan tradisional yang popular pada zaman dahulu akan kembali popular pada hari ini.
Sekian hingga sini dahulu.
Assalamualaikum